Tentang Kami

Dewan Perkahwinan ini adalah satu iniasitif yang dibawakan oleh Cahaya Kristal Event & Catering Sdn Bhd (CKECSB) kepada bakal-bakal pengantin yang sedang mencari dewan atau lokasi bagi majlis perkahwinan mereka. Laman web ini diuruskan sepenuhnya oleh CKECSB dalam membantu bakal pengantin membuat keputusan memilih dewan atau lokasi yang terbaik untuk majlis impian mereka.

KEPAKARAN KAMI

ATURCARA MAJLIS 99%
FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI 89%
MAKEUP-ARTIST 95%
FOOD CATERING 98%

Khidmat nasihat

Kami akan memberikan khidmat nasihat percuma dalam setiap perbincangan dan pemilihan pakej yang diambil bagi memastikan kelancaran hari majlis.

Pusat Sehenti

Semua keperluan untuk majlis perkahwinan kami kumpulkan di dalam satu bumbung merangkumi butik pengantin, katering, kanopi atau venue dewan, jurugambar profesional serta DJ & PA Sistem.

Jaminan

Kami tidak berkompromi terhadap kualiti masakan kami serta layanan pramusaji pada setiap majlis yang kami aturkan.

Perunding Perkhidmatan

Menyediakan khidmat perundingan berkaitan majlis perkahwinan bermula daripada pemilihan tema, warna, penyediaan dewan atau venue perkahwinan , pelamin dan andaman, pemilihan lauk katering, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan, dan lain-lain lagi.

Katering & Sewaan Kanopi

Menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, nikah dan pertunangan, majlis korporat serta majlis-majlis lain. Kami juga turut menyediakan penyewaan kanopi dan peralatan.

Butik Pengantin

Menyediakan perkhidmatan perkahwinan yang menyeluruh merangkumi khidmat gubahan hantaran, andaman & solekan, busana pengantin, dekorasi pelamin terkini, photobooth, serta khidmat jurugambar professional.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami dengan segera!

HUBUNGI KAMI